Categories
SELANGOR

BBC Selangor teguh bersama pimpinan Kerajaan Negeri

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor berkumpul menyambut ketibaan Delegasi Kerajaan Selangor dari Timur Tengah di Kompleks Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyatakan sokongan untuk terus mempertahankan pentadbiran yang dipimpin Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Kelihatan beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor daripada PAS, KEADILAN dan DAP hadir menanti ketibaan deligasi Kerajaan Selangor.

Antara pimpinan yang hadir memberi sokongan kepada Azmin ialah, ADN Sekinchan Ng Suee Lim, ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, Ahli Parlimen, Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

BBC SOKONGSementara itu pemimpin PAS yang turut hadir memberi sokongan ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman, ADN Paya Jaras, Khairuddin Othman, ADN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dan ADN Seri Sedang,Noor Hanim Ismail.

Hadir sama kumpulan penyokong Kerajaan Selangor yang mengangkat beberapa plakad tertera slogan ‘Bersama laksana mandat rakyat’, ‘Sookong MB Dato’ Seri Mohamed Azmin’ dan ‘Tolak Fitnah Umno’ disamping laungan Reformasi.

Kesemua delegasi selamat tiba pada jam 3.05 petang daripada Mesir menaiki pesawat Fly Emirates susulan lawatan ke Maghribi, Jordan dan Mesir sejak 1 Mei lalu bagi menyampaikan sumbangan pendidikan Peduli Siswa RM2.5 juta kepada pelajar Selangor di sana.