Categories
SELANGOR

Gangguan air di Meru, Syabas agih bekalan alternatif

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 MEI: Kerja pencucian dan penambahbaikan sistem bekalan air di Tangki Imbangan North Hummock, Klang siap dilaksanakan sejak 8.00 malam, semalam.

Bagaimanapun, pada 5.00 pagi tadi, kebocoran paip terkesan pada saluran paip berdekatan tangki imbangan Loji Rawatan Air North Hummock.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataannya hari ini berkata, kerja pembaikan paip sedang giat dijalankan dan bekalan air alternatif sudah diagihkan ke kawasan terjejas daripada Kolam Air Lam Bee.

“Berikutan itu, beberapa premis di hujung sistem agihan air dan di kawasan tinggi mungkin mengalami gangguan bekalan air sementara.

SYABAS LOGO”Kawasan-kawasan ini termasuk sebahagian Kawasan Industri Jalan Meru, Taman Meru Utama, Taman Mesra Meru, Pekan Meru, Pekan Meru 2, Taman Bayu Meru, Taman Daya Maju dan Taman Seri Meru,” kata Syabas.

Kenyataan itu juga memaklumkan, bekalan air bantuan sedang dihantar melalui lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas.

”Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip Tanker<jarak>Nama & Alamat)

”Maklumat terkini mengenai status kerja pembaikan paip boleh dirujuk di www.syabas.com.my, atau aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, katanya.