Categories
SELANGOR

Hujan rahmat iringi lawatan rasmi Sultan Selangor ke Sekinchan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEKINCHAN, 22 MEI: Hujan rahmat mengiringi lawatan rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri, Tengku Norashikin ke daerah Sekinchan, pagi ini.

Namun, ia tidak membataskan pergerakan baginda untuk terus meninjau beberapa lokasi setempat sebagai inisiatif lawatan rasmi baginda, di sini.

Diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Isteri, Datin Seri Shamshida Taharin bersama delegasi pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri, lawatan rasmi ke Sekinchan diadakan sebagai inisiatif baginda mendekati rakyat pinggir bandar.

SULTAN SEKINCHAN (15)Antara kawasan dilawati termasuk di Kilang KHIND, Kilang Beras Rakyat Sekinchan, Galeri Padi, Wisma Masri dan Restoran Hao Xiang Chi Seafood.

Pada masa sama, baginda turut berkenan beramah mesra bersama penduduk setempat yang mengambil peluang untuk bersalaman.

Sifat ramah mesra ditunjukkan baginda melangkaui status diraja, sekali gus membuktikan baginda sememangnya sultan berjiwa rakyat.