Categories
GLOBAL

Jepun hantar kapal perang terbesar ke Semanjung Korea

TOKYO – JEPUN 2 MEI: Kapal perang terbesar milik Tentera Jepun digerakkan ke perairan Shikoku berhampiran Semenanjung Korea bagi melindungi kapal pengangkut Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson.

AGENSI melaporkan penghantaran kapal pengangkut Izumo itu dibuat selepas menerima arahan daripada Menteri Pertahanan, Tomomi Inada.

Kapal pengangkut Izumo mempunyai 249 meter panjang atau (816.93 kaki) adalah kapal pengangkut terbesar dan boleh membawa sebanyak sembilan helikopter yang berpangkalan di Yokosuka berhampiran Tokyo.

Penghantaran Izumo dibuat susulan latihan ketenteraan bersama antara Jepun dan AS selain peningkatan ketegangan di rantau itu akibat provokasi berterusan Korea Utara.

Pada 2015, Jepun meluluskan set undang-undang kontroversi untuk memperluaskan peranan tentera dan membenarkan ia terlibat dengan konflik di luar negara.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Shinzo Abe menerima kecaman hebat selepas meluluskan undang-undang baharu itu yang dikhuatiri akan mengheret negara itu ke dalam kancah peperangan.

=EZY=