Categories
KENYATAAN MEDIA

“Kerja Adil, Gaji Adil”

OLEH: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

KEADILAN akan menumpukan reformasi sektor pekerjaan. Kami akan memperkenalkan dasar “Kerja Adil, Gaji Adil” (Better Wages, Better Jobs). Kami akan mewujudkan pekerjaan yang bermutu dan menaikkan purata gaji pekerja.

Tumpuan akan diberikan terhadap menaikkan gaji pekerja yang sedia ada dari “gaji minima” kepada “living wage”, gaji yang setara dengan kos sara hidup.

DAUQSzGVoAAT_EJPelbagai dasar yang mereformasikan sektor pekerjaan dan pendidikan vokasional juga akan diperkenalkan.

KEADILAN juga mencadangkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Kami percaya perlu ada sasaran pengurangan tenaga kerja asing yang jelas agar peluang pekerjaan diutamakan kepada pekerja tempatan.