Categories
KENYATAAN MEDIA

Anugerah Bill Kayong hargai pejuang rakyat

OLEH DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Kita berdepan pelbagai tindakan ganas dan keras sepanjang perjuangan ini.

Begitulah lumrah perjuangan menuntut keadilan dan pembaharuan.
Makanya saya mengajak teman-teman sekalian mengingati Allahyarham Saudara Bill Kayong

Allahyarham telah berkorban nyawa dalam mempertahan keadilan tanah adat NCR daripada rampasan tauke-tauke ladang besar.

Allahyarham Bill meninggalkan balu Puan Hasiyikin binti Hatta, dan dua orang anak Zinedine Zidane dan Veralyna.

DAUQSzGVoAAT_EJHadir pada hari ini adik kepada Allahyarham Bill Kayong, Davy Kayong dan anak lelaki Allahyarham, adik Zinedine Zidane.

Kita berdoa dan menuntut keadilan dapat diberikan kepada Bill Kayong dan keluarganya.

KEADILAN cukup berbangga dengan perjuangan beliau. Dengan ini, Parti secara rasmi menubuhkan “Anugerah Bill Kayong” sebuah anugerah tahunan untuk menghargai pejuang-pejuang rakyat.