Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kes denggi catat penurunan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 18 MEI: Kes demam denggi menunjukkan trend penurunan sepanjang tempoh awal tahun dengan mencatatkan 18,534 kes berbanding 25,104 dalam tempoh sama tahun lalu, dari 1 Januari hingga 13 Mei lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, penurunan itu susulan pelbagai usaha kerajaan Selangor menangani wabak itu termasuk menubuhkan tindakan kawal denggi, operasi terjah dan musnah nyamuk aedes.

“Sepanjang tempoh itu, kes kematian akibat demam denggi turut berkurangan dengan 29 berbanding 41 kes, pada 2016.

YB Daroyah“Bagaimanapun, kes denggi masih tetap tinggi dan usaha untuk terus membanteras masih dilaksanakan dengan agresif

“Selain itu, kita turut mengadakan penguatkuasaan dan perundangan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, di negeri ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Selangor, di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Daroyah berkata, pihaknya juga telah meminta panel klinik Skim Peduli Sihat Selangor untuk menyediakan Combo Test Kit bagi merawat pesakit suspek denggi.

“Ia khas untuk rakyat Selangor yang mempunyai kad Peduli Sihat Selagor menerima rawatan dengan kadar segera jika mereka mengalami simptom denggi.

“Tujuan ini bagi memastikan pesakit demam denggi mendapat pencegahan awal untuk mengelak sebarang berlaku kelewatan tindakan rawatan serta kematian akibat lewat dikesan,” katanya.