Categories
NASIONAL

Krisis Rohingya: Myanmar benar aktivti pembunuhan?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 MEI: Pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan Kerajaan Myanmar sebagai jaminan kestabilan etnik Rohingya di negara itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmin Abdul Hamid berkata, ketetapan itu seiring dasar Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan usul Kebebasan Agama dan Kepercayaan Masyarakat sesebuah negara.

“Kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah sesuai menyekat keganasan didorong kebencian sesuatu agama kerana ia adalah tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas keganasan dilakukan tentera Myanmar membabitkan serangan rumah ibadat dan pusat pendidikan Islam etnik Rohingya, pada 28 April lalu.

Pada masa sama, Mohd Azmi turut mempersoal episod kemusnahan berterusan dilakukan tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya.

“Kami mengutuk serangan berterusan ke arah institusi keagamaan kerana pihak berkuasa seolah membenarnya berleluasa di Myanmar.

MAPIM - AZMI HAMID“Namun wujud persoalan lebih besar, adakah ini dasar (keganasan) tidak rasmi di Myanmar untuk mewujudkan sistem tegang dalam kalangan rakyat di negaranya sendiri?” katanya.

Kejadian sama pernah berlaku selepas puluhan madrasah di Wilayah Rakhine dibakar perusuh yang diketuai kumpulan sami Buddha, pada 2012.

Kemusnahan sama dilaporkan turut berlaku pada 2015 apabila perkampungan Dapine, di bandar Buthidaung turut musnah dengan 28 rumah, sebuah masjid dan madrasah dibakar tentera Myanmar.

Laporan sama pada 2 Julai 2016 apabila masjid utama dibakar perusuh ekstremis Buddha yang menyerang rumah ibadat di perkampungan Hpakant.