Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Politik matang rai demokrasi

SHAH ALAM, 11 MEI: Kewujudan blok gabungan parti politik untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihan raya membolehkan penggiliran kuasa dilakukan, sekali gus memudahkan rakyat membuat pilihan.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, strategi terbabit dilihat paling berkesan setakat ini untuk meyakinkan rakyat meraih sokongan dalam pilihan raya.

Katanya, sesiapa sahaja bebas menubuhkan parti politik jika merujuk kepada dasar demokrasi sebenar.

“Setiap parti politik juga bebas membuat menifesto masing masing.

“Tidak mungkin satu parti politik dapat membunuh parti politik lain. Jadi, kalau nak masuk medan demokrasi jadilah seorang demokrat,” kongsinya menerusi status dimuat naik di Facebook.

YAAKOBDalam posting sama, Yaakob turut berkongsi pandangannya berkenaan kewujudan pelbagai parti politik di Malaysia, hari ini.

Dengan merujuk buku “Jangan Bersedih”, beliau memberi contoh “anak yang sudah lahir tidak mungkin masuk ke perut ibunya semula, sama seperti buah yang jatuh tidak mungkin di sambung semula”.

“Oleh itu, jangan bersedih dengan kelahiran pelbagai parti kerana ini medan demokrasi.

“Dalam medan demokrasi, semua orang bebas menubuhkan parti politik,” katanya.