Categories
SELANGOR

Gangguan air di beberapa kawasan Gombak 17 mei

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 MEI: Beberapa kawasan di Gombak dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara pada 17 Mei ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam ekoran kerja menaiktaraf Rumah Pam Air AU3, Ampang Ulu Kelang.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan antara kawasan terbabit adalah Ukay Perdana UP1- UP5, Villa Summer set Up 3/7B, sebahagian Kg Sg Sering dan Sierra Ukay.

Selain itu, Taman Ukay Bistari, Taman Nusa Tropika, Riana Ukay, PPRT Taman Ukay Indah dan Jalan 1/56 – Jalan 13/59 AU3, Keramat turut mengalami gangguan.

Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula.

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja menaik taraf ini secepat mungkin. Pengguna juga boleh merujuk di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja menaik taraf ini,” katanya.