Categories
SUKANKINI

Ramdan ganti Kasma di Teluk Intan

SHAH ALAM, 19 MEI: Mohd Ramdan Mohd Rosli kembali ke litar Cub Prix apabila disenarai menggantikan tempat Kasma Daniel Kasmayudin yang tidak dapat beraksi pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, hujung minggu ini.

Kasma yang juga pendahulu keseluruhan kelas CP150 bakal menyertai pusingan kedua Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Litar Le Mans, Perancis yang berlangsung pada tarikh sama.

Atas keperluan itu, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Yong Ying Hoe memilih Ramdan yang kini tidak lagi beraksi di dalam saingan Moto2 di Sepanyol bagi mengisi kekosongan tersebut.

RAMDAN CUB PRIX (4)“Kami menawarkan tempat kepada Ramdan kerana merasakan dia pelumba yang sesuai. Namun dia sudah lama tidak berlumba menggunakan jentera underbone, sebab itu kami tidak meletak sebarang sasaran kepadanya minggu ini.”

Ramdan bukanlah asing dalam industri sukan permotoran negara dan mempunyai rekod cemerlang di dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila muncul juara termuda CP115 pada 2010.

Pelumba berusia 21 tahun itu juga berada di dalam Program Pembangunan Bakat PETRONAS untuk beraksi di dalam kelas Moto3 dan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) dan aksi wildcard di MotoGP sejak 2014 hingga 2016.RAMDAN CUB PRIX (1) RAMDAN CUB PRIX (2) RAMDAN CUB PRIX (3)