Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Tengku Amirul juara CP115 2018

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 OKT: Tengku Amirul Haffirudin mengesahkan gelaran juara keseluruhan CP115 dengan bergaya setelah memenangi perlumbaan akhir pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.

Ia adalah kemenangan ketujuh dari lapan perlumbaan buat pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu untuk mengumpul 188 mata keseluruhan, 72 mata mengatasi rakan sepasukan, Md Fareez Afeez yang mengumpul 116 mata dengan perlumbaan hanya berbaki dua pusingan sahaja lagi.

Dalam aksi perlumbaan akhir, Tengku Amirul yang bermula dari petak ketujuh menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’58.786s mengatasi Md Fareez dengan kelebihan 0.326s manakala Md Haziq Nd Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga (13’59.363s).

Tengku Amirul berkata, pada asalnya beliau hanya cuba mengutip mata kerana memerlukan lapan mata untuk mengesahkan gelaran.

“Selepas insiden membabitkan pelumba kelompok hadapan, saya berjaya merapatkan kedudukan dan menyedari ada peluang untuk menamatkan saingan di atas podium.

“Saya terus mencari ruang untuk memintas dan memenangi perlumbaan,” katanya.

Selain gelaran individu, Motul Zeneos Yamaha YY Pang turut mengesahkan gelaran sebagai juara keseluruhan berpasukan kategori CP115 dengan mengumpul 304 mata.

“Tahun ini sangat istimewa kepada saya kerana akhirnya berjaya memegang gelaran CP115 selepas beberapa tahun mencuba.

“Selepas ini saya berhasrat untuk bersaing dalam kelas CP150 jika pasukan memberi peluang musim depan,” katanya.

Sementara itu, pendahulu CP150, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) terpaksa menunggu pusingan akan datang untuk mengesahkan gelaran keseluruhan apabila menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pencabar utama, Kasma Daniel Kasmayuddin yang menjuarai perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’25.990s.

Afif turut menerima tentangan sengit daripada rakan sepasukan Kasma, Md Akid Aziz menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 17’27.456s manakala Akid ketiga (17’27.990s).

Afif kini berkelebihan 44 mata ke atas Kasma dengan mengumpul 180 mata manakala Kasma di kedudukan kedua (136 mata).

Afif hanya perlu menamatkan saingan di kelompok 10 pelumba terbaik untuk mengesahkan gelaran pada pusingan kesembilan di Jempol, Negeri Sembilan pertengahan November depan.

Dalam saingan WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman berjaya meraih kemenangan kelima berturut-turut pada musim ini sekali gus berjaya muncul sebagai pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 133 mata.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing itu berjaya menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’14.467s menewaskan pencabar utama, Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) yang memberikan saingan sengit sepanjang perlumbaan sebelum akur di kedudukan kedua (11’17.241s).

Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) muncul pemenang ketiga (11:29.365s).

Md Danial yang tidak beraksi pada pusingan lalu turun ke tangga kedua dengan mengumpul 133 mata namun dibezakan dengan jumlah kemenangan milik Md Syarifuddin.

Tempat ketiga ketika ini disandang Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta YAMAHA) yang gagal menamatkan perlumbaan dengan mengumpul 112 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 8

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:25.990s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 17:27.465s
3 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:27.688s
4 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 17:34.232s
5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:38.441s

Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 180
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 136
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 116
4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 89
5 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 58

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:58.786s
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:59.112s
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:59.363s
4 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 13:59.928s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14:10.597s

Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 188
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 116
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 108
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 93
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 92

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:14.467s
2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 11:17.241s
3 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 11:29.365s
4 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racing 11:42.892s
5 Md Syahmi Md Anuar (NSN) 11:42.981s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 133
2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 133
3 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112
4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 73
5 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 62

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Batu Kawan mampu jadi penentu juara

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 OKT: Saingan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bakal menyaksikan beberapa pelumba berpeluang mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan di Batu Kawan, Pulau Pinang, hujung minggu ini.

Dalam saingan CP150, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 160 mata, 49 mata mengatasi Kasma Daniel kasmayuddin yang berada pada kedudukan kedua (111 mata) sementara Md Hafiz Nor Azman ketiga (103 mata).

Seandainya Afif berjaya menamatkan saingan di hadapan kedua pelumba itu, beliau bakal mengesahkan gelaran keseluruhan CP150 seawal pusingan kelapan memandangkan Md Akid Aziz yang kini berada pada kedudukan keempat (87 mata) ketinggalan di belakang dengan baki 75 mata maksimum perlumbaan.

“Sebenarnya peluang masih terbuka untuk Kasma dan Hafiz, maka saya tidak menetapkan sasaran untuk memenangi gelaran di Batu Kawan, sebaliknya hanya fokus memberi aksi terbaik serta menamatkan perlumbaan pada kedudukan terbaik.

“Paling penting, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan merugikan,” kata Afif.

Sementara itu, dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin juga bakal dinobatkan selaku juara keseluruhan selepas selesa mendahului kedudukan ketika ini dengan 163 mata.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu kini 67 mata mendahului rakan sepasukan, Md Fareez Afeez (96 mata), manakala tempat ketiga milik pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor (92 mata).

Tengku Amirul hanya perlu menamatkan saingan pada kedudukan kelapan bagi mengesahkan gelaran seandainya Md Fareez memenangi perlumbaan.

Namun, berdasarkan keputusan semasa, pelumba kelahiran Terengganu itu pasti mahu menambah koleksi meraih kemenangan ketujuh setelah berjaya memenangi enam perlumbaan dari tujuh pusingan.

Dalam pada itu, Md Aqid Jumali turut berpeluang mengesahkan gelaran keseluruhan kategori PETRONAS Sprinta Pro Am Cup seandainya berjaya menjuarai perlumbaan atau tamat di hadapan seteru utama, Md Shahzul Naim Razali.

Aqid mendahului kedudukan dengan 134 mata, 52 mata di hadapan Shahzol (82 mata).

 

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Afif belum mengalah

 

SHAH ALAM, 2 NOV: Ahmad Afif Amran belum mahu mengalah meskipun akui tugas sukar menghalang Kasma Daniel Kasmayudin daripada memegang gelaran keseluruhan kategori CP150 pada saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, 4 dan 5 November ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ itu berada di tangga kedua keseluruhan dengan 100 mata, 25 mata di belakang pendahulu, Kasma (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dan pencabarnya itu bakal dinobatkan selaku juara keseluruhan seandainya berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Afif, minggu ini.

“Semua tahu Kasma pelumba pantas dan bukan mudah menewaskannya. Namun apa sahaja boleh berlaku di dalam litar, contohnya seperti pusingan lepas apabila Kasma mengalami kemalangan, begitu juga dengan saya dan kami sama-sama kehilangan banyak mata di Jempol.

“Saingan masih belum tamat selagi kami belum melintasi garisan penamat. Apa yang penting, saya perlu fokus memberi aksi terbaik dan cuba untuk menewaskan Kasma,” katanya.

Pada masa sama pelumba berusia 22 tahun itu perlu berhati-hati dengan cabaran dua lagi rakan sepasukan Kasma iaitu Ahmad Fazli Sham dan Mohd Ramdan Rosli yang mengekori di kedudukan ketiga dan keempat, masing-masing dengan 75 mata dan 70 mata.

“Tugas saya pada minggu ini agak berat. Saya perlu merancang strategi terbaik. Selain berusaha untuk mengekang Kasma, saya juga perlu berwaspada dengan Fazli dan Ramdan kerana mereka boleh mengancam kedudukan saya ketika ini.

“Saya tidak boleh melakukan kesilapan sama seperti di Jempol apabila hanya memungut satu mata sahaja. Pada masa sama saya juga memerlukan rakan sepasukan untuk membantu menamatkan saingan di podium. Dari segi jentera, saya yakin jurutera pasukan telah bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik.”

Kedudukan Keseluruhan CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 100 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
5 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 67 mata
6 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 57 mata
7 Md Iqbal Amri Abd Malek (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 55 mata
8 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 52 mata
9 Md Fitri Ashraff Razali (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 51 mata
10 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) GiVi Honda Yuzy Racing Team 44 mata

Anugerah Berpasukan
1. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 272 mata
2. PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 172 mata
3. Motul Zeneos Yamaha YY Pang 149 mata
4. SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 80 mata
5. Onexox TKKR Racing 66 mata
6. Givi Honda Yuzy Racing 54 mata

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Izzat terpantas di Pasir Puteh Sentral

KELANTAN 9 SEPT: Md Izzat Zaidi Salehan memberikan cabaran awal apabila berjaya mendahului sesi kelayakan kategori CP150 pada saingan hari pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Pasir Puteh Sentral, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu mencatat masa terpantas 53.171s mengatasi Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang dilihat kembali menemui prestasi terbaik apabila kembali ke kelompok pelumba terbaik dengan catatan 53.281s.

Pelumba yang baharu beraksi dalam kategori CP150 bersama pasukan Onexox TKKR Racing, Md Hafiza Rofa mencipta kejutan apabila muncul pelumba ketiga terpantas setelah mencatatkan masa terbaik 53.519s.

“Saya sendiri tidak menjangka dapat mencatat masa terpantas kerana masih bergelut untuk mendapatkan pelarasan dan aksi terbaik di sini. Lagipun catatan saya pada sesi latihan tidak begitu baik jika dibandingkan dengan Fazli,” jelas Izzat.

Izzat Zaidi terpantas Kelayakan CP150“Tambahnya, mungkin faktor jentera banyak membantu. Selain pelarasan yang lebih baik, kami juga menggunakan beberapa peralatan baru yang membantu saya untuk mengendalikan jentera dengan lebih baik.

“Namun, masih terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan dan agak sukar untuk menjangkakan siapa pelumba terbaik pada sesi Superpole,” katanya.

Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin mencatat masa ketujuh terpantas dengan catatan 53.602s manakala Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) muncul pelumba tunggal jentera Honda yang layak ke sesi Superpole dengan catatan 53.545s

 
Keputusan Sesi Kelayakan
CP150
1 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 53.171s
2 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.281s
3 Md Hafiza Rofa (TRG) Onexox TKKR Racing Team 53.519s
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.539s
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 53.541s

CP115
1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 53.560s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.807s
3 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 54.554s
4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 54.602s
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54.721s

WIRA
1 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) Persendirian 55.432s
1 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 55.463s
2 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 55.690s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 55.523s
4 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 55.795s
5 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 55.837s

 
=EZY=

Categories
SUKANKINI

Penat bukan alasan – Zaqhwan

SHAH ALAM, 13 JUL: Kepenatan bukan alasan untuk Mohd Zaqhwan Zaidi tidak memberikan aksi terbaik dalam saingan CP150 menjelang perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Pelumba utama Givi Honda Yuzy Racing itu berada di Jepun sejak beberapa minggu lepas bagi menjalani sesi latihan dan ujian rasmi perlumbaan berprestij, Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8 Hour di Litar Suzuka.

Bagaimanapun, Zaqhwan hanya dijadualkan pulang ke Malaysia esok sebelum turun memulakan saingan di litar Maeps pada pagi Sabtu.

NRP_9852“Penat memang penat. Tidak ada masa yang cukup untuk saya berehat. Jadual di Suzuka agak padat dan kemudian terus pulang ke Malaysia. Sampai sahaja di Malaysia, terus berlumba di Maeps,” jelas Zaqhwan.

“Tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak memberikan aksi terbaik. Lawan tetap lawan. Cuma saya tidak sempat untuk menguji jentera sejak cuti rehat sepanjang puasa dan hari raya. Harapnya semua dalam keadaan baik minggu ini.”

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijadualkan bersambung semula setelah cuti rehat panjang di MAEPS, Serdang pada 15 dan 16 Julai ini.

Selepas empat pusingan, Zaqhwan kini berada di tangga keempat keseluruhan dengan 33 mata, 18 mata di belakang pendahulu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) yang mengumpul 51 mata.

SHZ_5243Mengulas tentang saingan Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8 Hour, Zaqhwan berkata, segalanya berjalan dengan baik.

“Catatan masa juga lebih baik berbanding tahun lepas. Cuma saya masih belum berpuas hati kerana masih gagal mencapai sasaran masa yang saya sasarkan,”katanya.

Categories
SUKANKINI

Ramdan ganti Kasma di Teluk Intan

SHAH ALAM, 19 MEI: Mohd Ramdan Mohd Rosli kembali ke litar Cub Prix apabila disenarai menggantikan tempat Kasma Daniel Kasmayudin yang tidak dapat beraksi pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, hujung minggu ini.

Kasma yang juga pendahulu keseluruhan kelas CP150 bakal menyertai pusingan kedua Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Litar Le Mans, Perancis yang berlangsung pada tarikh sama.

Atas keperluan itu, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Yong Ying Hoe memilih Ramdan yang kini tidak lagi beraksi di dalam saingan Moto2 di Sepanyol bagi mengisi kekosongan tersebut.

RAMDAN CUB PRIX (4)“Kami menawarkan tempat kepada Ramdan kerana merasakan dia pelumba yang sesuai. Namun dia sudah lama tidak berlumba menggunakan jentera underbone, sebab itu kami tidak meletak sebarang sasaran kepadanya minggu ini.”

Ramdan bukanlah asing dalam industri sukan permotoran negara dan mempunyai rekod cemerlang di dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila muncul juara termuda CP115 pada 2010.

Pelumba berusia 21 tahun itu juga berada di dalam Program Pembangunan Bakat PETRONAS untuk beraksi di dalam kelas Moto3 dan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) dan aksi wildcard di MotoGP sejak 2014 hingga 2016.RAMDAN CUB PRIX (1) RAMDAN CUB PRIX (2) RAMDAN CUB PRIX (3)

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Helmi diyakini terus mencabar

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 SEPT: Mohd Helmi Azman diyakini akan terus mencabar hebat dalam pemburuan gelaran Wira menjelang aksi pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Pasir Gudang, Johor, pada 3 dan 4 September ini.

Pelumba kelahiran Selangor berusia 17 tahun mewakili pasukan IUGB AFB Tech Racing di bawah pengurusan mantan juara Cub Prix, Ahmad Fuad Baharudin yang percaya dia kini sedang membimbing pelumba berpotensi dan mampu menyinar di arena permotoran negara.

Walaupun tidak beraksi pada pusingan pembukaan, beliau mempamerkan aksi memberangsangkan dengan meraih empat podium bermula pusingan ketiga termasuk dua kemenangan berturut-turut pada pusingan kelima di Teluk Intan, Perak dan keenam di Kemaman, Terengganu.

Helmi kini menduduki tangga kedua keseluruhan dengan 103 mata sekali gus menghimpit kedudukan pendahulu keseluruhan, Mohd Shafiq Ezzariq (130).

Ahmad Fuad yang juga pemilik pasukan berkata, walapun pasukan mempunyai pelumba dianggap berpotensi ketika ini, namun beliau sentiasa mengingatkan Helmi supaya jangan terlalu yakin dan sentiasa berhati-hati.

“Memandangkan dia masih muda, Helmi perlu sentiasa berkeinginan tinggi, berlatih dan bekerja lebih keras terutama untuk memahami jentera dan kemahiran perlumbaannya.

“Berkenaan peluang untuk mengejar gelaran keseluruhan, ia mungkin satu tugas sukar buatnya kerana Shafiq konsisten berada di kedudukan hadapan dalam setiap perlumbaan, namun Helmi tidak boleh berputus asa.

helmi02“Masih ada baki tiga pusingan perlumbaan dan peluang masih terbuka,” katanya.

Pelumba muda IUGB AFB Tech Racing itu turut mencipta kejayaan di pentas Asia setelah memenangi perlumbaan Underbone 130cc Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Sentul, Indonesia, bulan lalu.

Helmi memulakan karier perlumbaan profesional pada 2013 dengan menyertai perlumbaan Super Siri Yamaha 135, siri perlumbaan pembangunan di Kejuaraan Cub Prix dan menamatkan saingan di tempat keenam keseluruhan.

Pada 2014 dan tahun lalu, beliau terpilih beraksi di siri kejuaraan Asia Talent Cup dan menamatkan perlumbaan di tangga ke-10 keseluruhan sebelum beraksi bersama pasukan IUGB AFB Tech Racing dalam kategori Wira tahun ini.

-AA-