Categories
NASIONAL

Sami anti Islam lawat penempatan Rohingya

YANGON, 5 MEI : Provokasi terhadap kempen anti Islam masyarakat Rohingya dilancarkan secara keras kerajaan Myanmar bagi memberi tekanan berterusan kepada masyarakat Islam negara itu.

Terbaru, Sami Buddha Myanmar yang pernah digelar ‘wajah pengganas Buddha’ kerana pendirian anti Islamnya melawat Rakhine, salah satu penempatan utama masyarakat Rohingya.

Lawatan itu dilihat antara signifikan menyemarakkan lagi ketegangan agama antara penduduk Rakhine beragama Islam dan penganut Buddha, lapor AFP.

Sementara itu, Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan ratusan penduduk Rohingya terbunuh dengan lebih 70,000 lagi menjadi pelarian.

ROHINGNYA 2Walaupun dakwaan itu dinafikan pemerintah Myanmar, namun kekejaman berterusan diilancarkan Tentera Myanmar memungkin lebih ramai etnik Rohingya menjadi mangsa.

Krisis dan penindasan suku kaum Rohingnya dikritik masyarakat antarabangsa susulan keganasan berterusan pentadbiran Myanmar terhadap golongan itu.

Secara umum berpendapat, krisis Rohingya di Myanmar membabitkan pertikaian isu dan masalah agama.

Terdahulu, Malaysia mengambil pendirian terbuka atas prinsip Islam sejagat dan ihsan membenarkan penempatan etnik Rohingnya di negara ini.

Satiranya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sewajarnya mewujudkan inisiatif dan perancangan lebih agresif sebagai desakan untuk menghentikan kekejaman Rohingya di Myanmar.

ROHINGNYAPBB sebelum ini menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.

Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.