Categories
SELANGOR

Sasar lebih ramai daftar Skim Peduli Sihat

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 29 MEI: DUN Sungai Pinang mensasarkan pendaftaran lebih 500 keluarga bagi Skim Peduli Sihat sehingga penghujung 2017.

Ahli Dewan Negeri Sungai Pinang yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, setakat ini lebih 150 keluarga sudah mendaftar di bawah skim itu.

“Sambutan agak baik dan baru-baru ini saya sudah beri 150 kad kepada mereka yang mendaftar.

“Masih ramai yang belum mendapat pengetahuan umum berkenaan program ini tetapi kita tetapkan sasaran 500 keluarga akan mendaftar sehingga penghujung 2017,” katanya.

Skim Peduli Sihat mula dilaksanakan pada 24 Januari lalu oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan peruntukkan RM125 juta setahun.

Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri mensasarkan satu juta rakyat Selangor bakal mendapat manfaat daripada Skim Peduli Sihat yang memberi perlindungan kesihatan asas bagi menampung kos sara hidup semasa.

Jumlah itu dianggarkan dari 250,000 keluarga dalam kumpulan B40 terdiri dari empat orang ahli keluarga dengan pendapatan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan.