Categories
SELANGOR

Selangor modul terbaik pentadbiran ke Putrajaya

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 MEI: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang menjadikan Selangor sebagai modul pentadbiran terbaik sepanjang Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Ke-12.

Katanya, Selangor merupakan model terbaik untuk dijadikan contoh untuk mentadbir Putrajaya.

“Terima kasih kerana terima peranan Selangor dan membuktikan KEADILAN mampu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah,” katanya.

Dalam ucapan penggulungan beliau berkata, Selangor dan Pulau Pinang perlu saling melengkapi terutama dalam melaksanakan program terbaik untuk rakyat

Azmin Kongres“Cemburu untuk kebaikan tidak mengapa. Mana Pulau Pinang telah buat, Selangor belum buat, kita akan buat.

“Mana-mana Selangor buat, Pulau Pinang banyak lagi belum buat, tolong buat sebab Selangor dan Pulau Pinang tidak perlu bersaing tetapi melengkapi antara kita,” katanya

Beliau turut menyeru semua perwakilan bersama-sama menghayati semua nasihat dan terjemahkan dalam bentuk tindakan pada PRU-14.

=EZY=