Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Nasi lemak Sekinchan pilihan santapan Sultan Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEKINCHAN, 22 MEI : Nasi lemak ‘Sekinchan’ dan juadah kuih tradisional bingka menjadi pilihan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis santapan baginda di Restoran Hao Xiang Chi Seafood, pagi ini.

Mencemar duli, keberangkatan tiba baginda sekitar jam 9.00 pagi bersama Tengku Permaisuri, Tengku Norashikin diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin sempena lawatan rasmi ke di daerah itu.

Turut mengiringi baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Ean Yong Hian Wah, Dr Daroyah Alwi, V Ganabatirau, Zaidy Abdul Talib, Amiruddin Shari, Elizabeth Wong serta Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan ADN Sabak, Sallehin Mukhyi.

CP2A8499-1024x683Baginda turut berkenan mencemar duli mendengar sembah aluan dan taklimat lawatan rasmi daripada Pegawai Daerah Sabak Bernam, Khairuddin Mat Som.

Seterusnya, sesi lawatan baginda dimulakan dengan kujungan diraja ke gerai pembuatan bakeri dan pastri, Ah Ma House.

Rangka lawatan baginda juga turut melawat Galeri Padi bagi melihat perkembangan penghasilan produk tani negeri dan diteruskan dengan lawatan ke Jeti Bagan Nelayan.

Kemuncak siri lawatan baginda seterusnya pada sesi menuai padi menggunakan jentera penuai yang digunakan penggiat industri tani negeri di Ban 2 Sawah Padi.

Ia bukan pertama kali lawatan rasmi baginda yang berkenan mencemar duli mendekati rakyat di setiap pelusuk negeri.

Baginda sebelum ini dikenali rakyat seluruh negeri sebagai sultan berjiwa rakyat dan mudah didekati dalam segenap aspek.