Categories
KENYATAAN MEDIA

SPRM: Kuasa politik mengatasi rasuah?

OLEH Dato’ Johari Abdul

Saya memetik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mengesahkan terdapat beberapa kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik yang sedang disiasat.

Namun terpaksa menunggu sehingga selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi mengelak dituduh terlibat dalam politik.

Persoalan penting yang perlu dijawab oleh SPRM;

1. Mengapa perlu menunggu sehingga Parlimen dibubarkan untuk mengeluarkan kenyataan keras?

2. Mengapa perlu tunggu selepas PRU14? Sedangkan jika mempunyai bukti kukuh, tindakan segera perlu dilakukan.

3. Adakah ‘jerung-jerung’ masih kebal dan berkuasa sehingga tidak mampu untuk bertindak?

Bukankah ini akan mencalarkan identiti SPRM yang sepatutnya melindungi kepentingan rakyat dan negara.

SPRM sepatutnya diletakkan di bawah Parlimen dan kuasa mendakwa dapat dilakukan tanpa terikat dengan kerajaan.

Jika SPRM berperanan dan bertanggungjawab bagi memerangi rasuah, laksanakan tugas seadilnya.

Kesalahan rasuah tidak mengira masa dan ketika untuk bertindak. Jangan takut untuk melakukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik.
* Dato’ Johari Abdul adalah Ahli Parlimen Sungai Petani
Parti KEADILAN Rakyat