Categories
GLOBAL

Apa khabar, kata Obama kepada Jokowi

BOGOR 30 JUN: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini tiba di Jakarta dan melawat rumah yang pernah didudukinya ketika zaman kanak-kanak.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan beliau bersama isteri dan dua anak perempuan, turut bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi di Istana Presiden di pinggir ibu kota, pada hari terakhir percutian 10 hari bersama keluarga.

“Apa khabar,” kata Obama kepada Jokowi dan media tempatan kelihatan gembira dengan gelagatnya berbahasa Indonesia.

Obama bersama keluarga bersantai di Pulau Bali minggu lalu dan kemudian melawat tempat bersejarah di bandar Yogyakarta, Jawa Tengah sebelum tiba di ibu negara hari ini.

Jokowi membawa Obama ke sebuah kafe dekat istana untuk menikmati juadah tradisional Indonesia. Obama makan semangkuk bakso.

Obama pernah tinggal di Jakarta selama empat tahun pada hujung 1960-an selepas ibunya berkahwin dengan lelaki Indonesia.

=EZY=