Categories
PELANCONGAN SELANGOR

Cita rasa antara benua di Carlton Holiday Hotel

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 JUN: Sempena Ramadan ini, Carlton Holiday Hotel & Suites menyajikan hidangan berbuka puasa dengan menu istimewa berkonsepkan cita rasa antara benua.

Konsep terbabit menjadi pilihan kali ini berdasarkan permintaan pelanggan yang kebanyakannya menyukai hidangan disediakan dan hotel, bertempat di Seksyen 13, di sini, kerana menampilkan pelbagai menu digemari ramai.

Chef Eksekutifnya, Mohd Izhar Khusairie Zulkefly berkata, barisan chef di hotel itu akan menyediakan makanan utama dengan konsep sebegitu yang silih berganti setiap hari bagi memeriahkan suasana berbuka puasa.

“Antaranya, lima jenis makanan iaitu nasi goreng bawang putih dari Jepun, roti Arab dan nasi mandy dari Asia Barat, nanchos dan tachos serta piza Itali dari Barat.

WhatsApp Image 2017-06-16 at 11.38.28“Tidak ketinggalan, kita juga menyajikan makanan tempatan seperti mi kari mak lang, nasi daging Kelantan dan nasi beriani udang galah yang sering mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan.

“Bagi mewujudkan suasana santai dan mesra, konsep warung juga ditampilkan dengan lebih kurang 99 menu serta pemanis mulut juga air minuman dihidangkan bersama,” katanya.

Selain semua itu, katanya, hidangan kambing panggang isitmewa diperap dengan rempah ratus hasil cetusan idea chef juga disediakan selain bufet berbuka puasanya diserikan dengan menu yong tau fu menawarkan pelbagai pilihan surimi, makanan laut dan sayur-sayuran untuk dimakan dengan sos istimewa.

Carlton Holiday Hotel & Suites menawarkan pakej berbuka puasa istimewa iaitu RM55 untuk dewasa dan RM25 (kanak-kanak) untuk Ramadan kali ini.

Anak syarikat Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Bhd adalah antara hotel plihan di bandar raya ini dan ruang restorannya mampu menampung sehingga 600 pengunjung, pada satu-satu masa.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 03 55109476 atau 03 -55106291.