Categories
SELANGOR

Diskusi khas muslimat medan kukuh akidah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 JUN: Kira-kira 300 muslimat hadir menyertai Program Diskusi Khas Muslimat anjuran Kerajaan Negeri bersama Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memperkukuhkan akidah wanita di Selangor.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, program itu bertujuan meningkatkan ilmu wanita dengan berkumpul dan bertadarus sebagai santapan rohani sempena Ramadan.

“Progam ini akan berlangsung di sepuluh masjid bertemakan ‘Ramadan Kukuhkan Aqidah, Sebarkah Ukhwah’,” katanya.

Daroyah berkata, program terbabit akan diteruskan di daerah Klang, Petaling, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak dan Sepang.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) bersama wanita di DUN masing-masing memeriahkan program terbabit.