Categories
GLOBAL

Grenfell Tower London 27 tingkat terbakar, ramai dikhuatiri terperangkap

LONDON 14 JUN: Lebih 20 ambulan dihantar ekoran kebakaran di apartmen Grenfell Tower setinggi 27 tingkat di Lancaster West Estate di barat London.

Pihak polis berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran itu.

Sebanyak 40 jentera dan 200 anggota bomba sudah dikerah untuk memadamkan kebakaran bermula dari tingkat dua bangunan apartmen terbabit.

“Usaha memindahkan penghuni apartmen yang tinggal di dalam blok yang terbabit dalam kebakaran terus dijalankan.

“Pada masa sama, ada di antara mereka turut dirawat kerana mengalami pelbagai kecederaan,” kata polis lapor REUTERS.

Sementara itu, pihak bomba berkata, punca kebakaran masih belum diketahui.

DCQKwRGXcAAgLTU

 

DCQTpOJXoAU-pkk

=EZY=