Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia jatuh AS$48.25 setong

SINGAPURA 14 JUN: Harga minyak dunia jatuh satu peratus pada dagangan awal hari ini selepas data menunjukkan peningkatan dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) melaporkan kenaikan dalam pengeluaran walaupun berikrar untuk mengurangkan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan AS$48.25 setong pada 0039 GMT, turun 47 cent atau satu peratus daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$45.94 setong, turun 52 cent, atau 1.1 peratus, lapor REUTERS.

Harga jatuh berikutan lebihan bekalan yang berterusan mengheret harga minyak mentah susut lebih 10 peratus sejak Mei, walaupun langkah diketuai OPEC untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari (bpd) sehingga akhir suku pertama.

Inventori data lewat malam tadi menunjukkan satu lagi kenaikan inventori pada minggu ini walaupun pasaran menjangkakan berkurang, kata William O’Loughlin, penganalisis di Rivkin Securities di Australia.

=EZY=