Categories
AGAMA SELANGOR

LZS santuni lebih 100 keluarga asnaf sempena Aidilfitri

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 27: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggembirakan kira-kira 100 keluarga asnaf, fakir dan miskin dengan meraikan mereka di Program Serahan Fidyah di Olak Lempit, Dengkil baru-baru ini.

LZS menerusi laman facebook memaklumkan, program itu dilaksanakan bagi menyantuni golongan terbabit dalam menyambut Aidilfitri kali ini dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Olak Lempit.

Menerusi program itu, setiap keluarga terlibat menerima beras, ayam dua ekor, daging dua kilogram serta lemang dan rendang.

IMG_1782“Program ini melibatkan seramai 100 keluarga asnaf fakir dan miskin yang diadakan bertempat di Dewan Jubli Intan Kg. Olak Lempit.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban asnaf dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Serahan beras dan barangan keperluan telah disampaikan oleh Ketua Operasi Agihan Derah Kuala Langat diiringi oleh JKKK Kampung Olak Lempit, Borhan Aman Shah.