Categories
SELANGOR

MB serah sumbangan RM67,600 baik pulih masjid di Kuala Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

TANJONG KARANG, 7 JUN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan sumbangan baik pulih dan naik taraf masjid di Daerah Kuala Selangor berjumlah RM67,600.

Sumbangan itu diagihkan kepada dua buah masjid iaitu Masjid Al-Jannah, Kampung Haji Razali, Tanjong Karang yang menerima sumbangan berjumlah RM10,000.

Sementara Masjid Ar Rahman, Kampung Bukit Badong, Batang Berjuntai pula menerima peruntukkan berjumlah RM57,600.

Majlis disempurnakan Mohamed Azmin di Masjid Al-Jannah, Kampung Haji Razali, Tanjong Karang sebelum Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya serta perasmian masjid.

=EZY=