Categories
GLOBAL

Pesawat tentera Myanmar hilang bawa lebih 100 penumpang ditemui

YANGON 7 JUN: Bangkai pesawat Tentera Myanmar yang membawa lebih 100 ditemui di Laut Andaman menurut sumber rasmi.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan kapal laut tentera dan kapal terbang memulakan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pesawat Y-8-200F buatan China itu berlepas dati Myeik pada jam 1.06 petang waktu tempatan dalam jadual penerbangan mingguan.

Pesawat itu terputus hubungan 29 minit setelah berlepas, dan berada di ketinggian 18,000 kaki di atas Laut Andaman, iaitu kira-kira 70 kilometer dari barat bandar Dawei.

Pihak berkuasa penerbangan awam pada awalnya berkata terdapat 105 orang dalam pesawat itu.

DBue7DTUIAAvoOFPihak tentera bagaimanapun menyatakan terdapat 106 anggota tentera dan keluarga dan 14 anak kapal. Pesawat itu boleh membawa sehingga 200 orang.

Pihak tentera telah melancarkan operasi pencarian sejurus laporan kehilangan itu diumumkan, antaranya dengan mengerahkan enam kapal dan tiga pesawat tentera dalam misi mencari dan menyelamat.

Sementara itu dalam perkembangan terkini dilaporkan 20 orang diselamatkan dalam insiden itu.

=EZY=