Categories
NASIONAL

MH128: Penumpang kecoh bawa powerbank bukan bom

KUALA LUMPUR 1 JUN: Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pesawat Malaysia Airlines MH128 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang yang menimbulkan kekecohan mendakwa membawa bom.

“Ia bukan cubaan merampas. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat.

“Penumpang itu, warganegara Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank,” katanya kepada AFP.

Sementara itu kenyataan MAS menyebut pesawat itu selamat tiba di Melbourne pada jam 11.41 malam waktu tempatan.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik disebabkan gangguan oleh penumpang berkenaan semasa penerbangan.

 

PESAWAT MH128 TIDAK DIRAMPAS

1 Jun 2017 | 12.05 tengah malam

Saya ingin memaklumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang melakukan penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne disebabkan oleh kejadian penumpang mabuk.

Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang.

Ketika ini, saya masih belum terima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula tetapi suspek dipercayai merupakan seorang warga Sri Lanka.

Saya ingin menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai sebagai kejadian yang melibatkan aktiviti keganasan.

Kenyataan lanjut akan menyusul kemudian.

Ab Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan

 

Berikut adalah kenyataan media MAS berkenaan MH128:

Information on MH128/ 31 May 2017

Malaysia Airlines would like to stress that at no point was the aircraft ‘hijacked’. 

MH128 safely landed in Melbourne airport at 11.41pm.

Following the incident on MH128, the disruptive passenger has been apprehended by airport security. Malaysia Airlines together with the Australian authorities will be investigating the incident. 

Safety and security are of utmost priority to malaysia airlines. The airline wishes to apologise for the inconvenience caused.

Passengers have safely disembarked the aircraft and will be screened by Australian authorities. 

They will be accommodated at hotels and offered on the next available flight or on other carriers.

Updated as 12.19am (GMT+8), 1 Jun 2017.

Kenyataan kini1

DBKzCp5UMAEVLRq

 

DBKzDMKVoAELdQr

Gambar: Sumber TWITTER

=EZY=