Categories
NASIONAL

PNB tunai zakat RM27,013 kepada LZS

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM27,013,600 dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid An Nur Temasya, Glenmarie.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat terbabit daripada Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar bagi tahun kewangan berakhir 2016.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

IMG_20170602_204310Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim, Exco Kerajaan Selangor dan Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Seri Syed Anwar Syed Putra.

Dalam majlis sama, Sultan Selangor turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM193,000 kepada 80 asnaf fakir, 185 asnaf miskin dan 121 mualaf.

Mereka menerima sumbangan RM500 setiap seorang.

Sultan Sharafuddin seterusnya menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak disusuli solat sunat Terawih sebelum berangkat pulang.