Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2580/2620 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 14 JUN: Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat pasaran yang lebih kukuh bagi mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.2580/2620 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding semalam 4.2610/2640.

Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga, berkata pasaran goyah berikutan empat bank pusat utama bertemu minggu ini – Rizab Persekutuan (Fed), Bank of England, Bank Negara Swiss dan Bank of Japan.

“Hanya Fed bank pusat yang bersedia untuk meningkatkan kadar untuk kali kedua tahun ini.

“Sementara itu, semua bank pusat yang lain akan kekal,” katanya dalam satu kenyataan.

Ringgit diniagakan lebih baik berbanding dengan sekumpulan mata wang utama, kecuali pound British.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0822/0862 daripada 3.0837/0867 dan dihargai berbanding yen kepada 3.8692 /8735 daripada 3.8701/8739 semalam.

Unit tempatan lebih tinggi sedikit berbanding euro pada 4.7741/7798 daripada 4.7749/4799. Ia turun berbanding pound British kepada 5.4281/4336 daripada 5.4153/4200 pada Selasa.

SUMBER: BERNAMA