Categories
GLOBAL

Tragedi Grenfell Tower: Tiada rakyat Malaysia terbabit

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JUN: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden kebakaran Apartment Grenfell Tower 27 di barat London, kata Kementerian Luar.

Memetik Bernama, Wisma Putra dalam kenyataan menasihati rakyat Malaysia di kawasan sekitar kejadian agar segera mengubungi Suruhanjaya Tinggi di London menerusi talian 44 207 235 8033 sekiranya memerlukan bantuan.

Pada masa sama, Kementerian Luar turut melahirkan simpati terhadap semua mangsa terlibat dalam kebakaran di pangsapuri 27 tingkat itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Britain, Theresa May meluahkan rasa sedih dengan tragedi yang meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan mencederakan lebih 70 lagi.

Polis London dalam kenyataannnya turut menjangkakan angka korban bakal meningkat.

Sementara itu, pihak bomba berkata, punca kebakaran masih belum diketahui.