Categories
GLOBAL

Turki gesa Arab Saudi main peranan selesaikan isu diplomatik Qatar

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

TURKI 14 JUN: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud untuk menerajui dalam menyelesaikan pertikaian diplomatik beberapa negara Arab dengan Qatar.

Agensi Berita Turki, ANADOLU AGENCY melaporkan Erdogan semasa berucap kepada kumpulan ahli parlimen Parti Justice and Development (AK) menyatakan tindakan memutus diplomatik itu tidak berperikemanusiaan dan tidak Islamik.

“Qatar bersama Turki adalah negara yang berpendirian bersungguh-sungguh melawan organisasi teroris seperti Daesh,” kata Erdogan.

Erdogan berkata tindakan terhadap Qatar itu seumpama memutuskan ‘hukuman mati’ terhadap negara itu sambil menegaskan perlunya Arab Saudi menimbang semula keputusan terhadap negara kecil itu.

https://selangorkini.my/2017/06/turki-kami-tidak-akan-tinggalkan-saudara-kami-qatar/

Sementara itu kumpulan tentera Turki dihantar ke Qatar untuk mengenalpasti dan mengkoordinasi penghantaran tentera ke Qatar.

Sebelum ini Parlimen Turki meluluskan tindakan penghantaran tentera Turki bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara apabila persetujuan berkenaan perkara itu sejak Oktober 2015 dan ditandatangani di Doha pada April 2016.

 

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

=EZY=