Categories
SELANGOR YB ACTIVITIES

116 asnaf dirai Rumah Terbuka DUN Seri Muda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 JULAI: Seramai 116 asnaf fakir dan miskin DUN Seri Muda menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM34,800 yang disumbangkan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkesempatan menyampaikan sumbangan itu di Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri di Padang Awam MBSA, Seksyen 27, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, golongan itu menerima sumbangan sebanyak RM300 setiap asnaf.

SRI MUDA1“Pada sambutan hari ini, kita juga menyampaikan sumbangan kepada 69 buah masjid dan surau yang terdapat di Dun Sri Muda,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, dalam sambutan rumah terbukanya, Shuhaimi berkata kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan itu.

Pengunjung disajikan dengan menu istimewa Aidilfitri antaranya kambing golek, Nasi Beriyani, ayam masak merah, Satay, pelbagai jenis mee dan ais krim.

Selain Mohamed Azmin, sambutan yang bermula jam 11 pagi itu turut dihadiri oleh pimpinan politik negara antaranya Presiden AMANAH, Mohd Sabu dan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Dr Xavier Jayakumar.

 

SRI MUDA1

SRI MUDA2

 

SRI MUDA4

 

GAMBAR: SELANGORKINI/SHUAIB AYOB

=EZY=