Categories
NASIONAL

Adun Lenggeng meninggal dunia

KUALA PILAH 19 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini.

Allahyarham berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 11.25 malam tadi, lapor BH ONLINE.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan, ketika ditemui di hospital mengesahkan.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek, ketika dihubungi BH berkata Allahyarham rebah ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri ADUN Seri Menanti di Tanjong Ipoh, di sini kira-kira jam 10 malam tadi.

“Allahyarham segera dihantar ke HTAN dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

=EZY=