Categories
GLOBAL

Amerika uji sistem pemintas peluru berpandu THAAD

WASHINGTON 12 JULAI: Tentera Amerika Syarikat berjaya melakukan ujian terhadap sistem memintas peluru berpandu, kata pegawai hari ini, ketika ketegangan memuncak berikutan ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua oleh Korea Utara yang berpotensi sampai ke Alaska.

Ujian ke atas sistem pertahanan anti peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) itu menyaksikan peluru berpandu balistik menyasarkan pelancaran udara dari pesawat Air Force C-17 di ruang udara Lautan Pasifik, di utara Hawaii, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Sistem senjata THAAD terletak di Kodiak, Alaska, mengesan dan memintas sasaran,” kata Agensi Pertahanan Peluru Berpandu AS dalam kenyataan.

THAAD direka untuk memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik jarak dekat dan pertengahan ketika fasa terakhir penerbangannya.

Pengeluar THAAD, Lockheed Martin, berkata ini adalah kali pertama sistemnya memintas peluru berpandu balistik jarak pertengahan.

Walaupun latihan dirancang beberapa bulan, ia cuma dilakukan selepas ujian tembakan pertama peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara yang mampu sampai ke beberapa wilayah AS, termasuk Alaska.

=EZY=