Categories
GLOBAL

Arab Saudi beli sistem pertahanan udara THAAD RM63 bilion

GLOBAL 8 OKT: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan sistem Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) bernilai AS$15 bilion (RM63 bilion) kepada Arab Saudi, kata Jabatan Pertahanan.

“Penjualan ini lanjutan daripada polisi luar dan keselamatan negara AS selain menyokong keselamatan bagi tempoh jangka panjang Arab Saudi dan rantau Teluk yang berdepan dengan Iran serta ancaman lain,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Pembelian itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan AS$110 bilion (RM466 bilion) pakej persenjataan yang Presiden Donald Trump janjikan semasa melawat Arab Saudi pada Mei lalu, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Lampu hijau bagi rundingan pembelian itu diumumkan sehari selepas Raja Salman menemui Presiden Rusia, Vladimir Putin dan menandatangani perjanjian pembelian sistem pertahanan udara, S-400 keluaran Moscow.

THAADSistem pertahanan THAAD sebelum ini telah dibekalkan kepada jiran Arab Saudi iaitu Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu menjadikan AS sebagai pembekal utama sistem pertahanan peluru berpandu yang disertakan dengan kelengkapan sistem radar canggih.

AS sebelum ini menimbulkan kemarahan China selepas menempatkan THAAD di Korea Selatan bagi melindungi serangan Korea Utara kerana Beijing bimbang sensor sistem berkenaan mampu menembusi ke ruang udara China.

THAAD1Jabatan Pertahanan berkata, mereka telah menasihatkan Kongres bahawa sistem THAAD di Arab Saudi boleh menstabilkan keadaan di Teluk serta membantu tentera AS di wilayah berkenaan serta sekutu yang berdepan dengan kemajuan peluru berpandu Iran.

“Cadangan penjualan peralatan dan sokongan ini tidak akan mengubah keseimbangan asas ketenteraan di rantau ini,” katanya.

Para pegawai pemberitahu AFP bahawa penjualan itu akan diteruskan jika Kongres AS tidak membuat apa-apa bantahan dalam masa 30 hari.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Amerika setuju perkukuh sistem pertahanan Korea Selatan

WASHINGTON 3 SEPT: Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengukuhkan pertahanan Korea Selatan dengan membenarkan penjualan senjata AS bernilai berbilion dolar ke negara itu.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan ia beberapa hari selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu melintasi ruang udara Jepun sambil mengancam untuk melakukan lebih banyak pelancaran.

Di Seoul, jurucakap Blue House mengesahkan, Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Moon Jae-in bersetuju meningkatkan keupayaan negara itu untuk mendepani ancaman Korea Utara.

Pada Selasa lalu, Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana Hwasong-12 yang melintasi ruang udara Jepun sebelum jatuh di perairan utara wilayah Hokkaido.

Korea UtaraPelancaran itu dilakukan ketika Korea Selatan dan AS hampir menamatkan latihan ketenteraan di Semenanjung Korea yang dianggap oleh Korea Utara sebagai latihan untuk melakukan penaklukan terhadap negera itu.

Trump menyifatkan perbincangan tidak akan menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi meredakan ke­tegangan yang berlaku.

White House dalam kenyataannya berkata, Trump dan Jae-in telah berbincang dalam telefon tentang tingkah laku tidak ‘stabil’ yang ditunjukkan oleh kan oleh Korea Utara.

“Kedua-dua pemimpin ini bersetuju menjalin kerjasama dan memperkuatkan ke­upayaan pertahanan Korea Selatan melalui hubungan diplomatik.

Peluru Korea Utara“Presiden Trump menyatakan persetujuan pada prinsipnya untuk meluluskan pembelian peralatan ketenteraan AS yang bernilai berbilion dolar,” kata kenyataan tersebut.

Jurucakap Seoul, Park Soo-hyun berkata, pihaknya telah mencapai persetujuan supaya kelonggaran diberikan terhadap had maksimum keupayaan peluru balistik Korea Selatan yang dikenakan sebelum ini untuk mengelak perlumbaan senjata di ranatu berkenaan.

Sebelum ini, di bawah perjanjian dua hala antara AS dan Seoul, keupayaan peluru balistik adalah dihadkan kepada jarak maksimum 800 kilomter dengan muatan 500 kilogram.

Korea Selatan memohon supaya keupayaan kepala peluru berpandu ditambah sekali ganda kepada satu tan yang kini dalam pertimbangan Pentagon.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Amerika uji sistem pintas peluru berpandu THAAD

WASHINGTON 25 JULAI: Tentera Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan ujian sistem memintas peluru berpandu di Alaska, berikutan ketegangan berterusan terhadap program senjata balistik Korea Utara.

Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis, berkata ujian rutin sistem pertahanan antipeluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) akan diadakan mengikut jadual ditetapkan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Ujian ini adalah kaedah rutin bagi memastikan kesediaan sistem.

“Ia dirancang lebih awal sebelum berlaku sebarang peristiwa dalam geopolitik dunia,” katanya.

Menurut notis dikeluarkan Pengawal Pantai Amerika Syarikat kepada nelayan, ujian dijangka diadakan seawal Sabtu ini.

Ia dipercayai dilaksanakan berikutan tindakan Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua yang mampu mencecah beberapa bahagian di AS.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Amerika uji sistem pemintas peluru berpandu THAAD

WASHINGTON 12 JULAI: Tentera Amerika Syarikat berjaya melakukan ujian terhadap sistem memintas peluru berpandu, kata pegawai hari ini, ketika ketegangan memuncak berikutan ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua oleh Korea Utara yang berpotensi sampai ke Alaska.

Ujian ke atas sistem pertahanan anti peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) itu menyaksikan peluru berpandu balistik menyasarkan pelancaran udara dari pesawat Air Force C-17 di ruang udara Lautan Pasifik, di utara Hawaii, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Sistem senjata THAAD terletak di Kodiak, Alaska, mengesan dan memintas sasaran,” kata Agensi Pertahanan Peluru Berpandu AS dalam kenyataan.

THAAD direka untuk memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik jarak dekat dan pertengahan ketika fasa terakhir penerbangannya.

Pengeluar THAAD, Lockheed Martin, berkata ini adalah kali pertama sistemnya memintas peluru berpandu balistik jarak pertengahan.

Walaupun latihan dirancang beberapa bulan, ia cuma dilakukan selepas ujian tembakan pertama peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara yang mampu sampai ke beberapa wilayah AS, termasuk Alaska.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Amerika rancang uji THAAD tangani Korea Utara

WASHINGTON 8 JULAI: Amerika Syarikat (AS) merancang melakukan ujian baharu terhadap sistem pertahanan Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) balistik jarak jauh.

Pegawai AS berkata, langkah itu diambil berikutan ketegangan dengan Korea Utara yang kian memuncak, lapor REUTERS.

Beliau berkata, pelancaran peluru berpandu balikstik antara benua (ICBM) oleh Korea Utara pada 4 Julai lalu meningkatkan kebimbangan terhadap ancaman daripada negara terbabit.

Seorang pegawai yang enggan dikenali berkata, ujian THAAD itu adalah yang pertama seumpamanya untuk pertahanan terhadap serangan spontan peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) dan ia bakal dilancarkan dari Alaska.

AS mempunyai sistem pemintas THAAD di Guam, bertujuan untuk membantu menangkis serangan peluru berpandu dari negara seperti Korea Utara.

Agensi Pertahanan Peluru Berpandu AS ketika ditanya mengenai perkara itu, mengesahkan merancang untuk melakukan ujian THAAD pada awal bulan ini.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Sistem anti peluru berpandu THAAD mula dipasang di Korea Selatan

SEOUL 26 APRIL: Tentera Amerika Syarikat (AS) mula memasang kelengkapan peralatan sistem pertahanan anti-peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di sebuah tapak di padang golf di Korea Selatan.

Agensi Berita Korea Selatan YONHAP melaporkan, operasi memasang kelengkapan tanpa sebarang pengumuman itu hanya selepas enam hari selepas pasukan Tentera AS berada di Seongju di wilayah utara Gyeongsang negara itu.

Pasukan tentera merancang meletakkan sistem THAAD dapat beroperasi penuh dijangka akhir tahun ini.

Ketibaan enam treler membawa sistem THAAD bagaimanapun mencetuskan pertelingkahan antara penduduk tempatan dan pihak polis.

Sistem THAAD bertujuan menangkis ancaman senjata dari Korea Utara tetapi China membantah dengan tegas penggunaannya, kerana ia dikhuatiri mampu menjejaskan keupayaan tentera negara itu.

THAAD

THAAD1

=EZY=