Categories
GLOBAL

Amerika uji sistem pintas peluru berpandu THAAD

WASHINGTON 25 JULAI: Tentera Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan ujian sistem memintas peluru berpandu di Alaska, berikutan ketegangan berterusan terhadap program senjata balistik Korea Utara.

Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis, berkata ujian rutin sistem pertahanan antipeluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) akan diadakan mengikut jadual ditetapkan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Ujian ini adalah kaedah rutin bagi memastikan kesediaan sistem.

“Ia dirancang lebih awal sebelum berlaku sebarang peristiwa dalam geopolitik dunia,” katanya.

Menurut notis dikeluarkan Pengawal Pantai Amerika Syarikat kepada nelayan, ujian dijangka diadakan seawal Sabtu ini.

Ia dipercayai dilaksanakan berikutan tindakan Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua yang mampu mencecah beberapa bahagian di AS.

=EZY=