Categories
GLOBAL

Beratus unta maut jadi mangsa krisis diplomatik Asia Barat

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 12 JULAI: Beratus-ratus unta mati akibat kehausan dan kelaparan selepas penternak Qatar diusir dari Arab Saudi ekoran krisis diplomatik negara Asia Barat memaksa haiwan itu berkeliaran ke kawasan padang pasir terbuka.

Agensi Berita INDEPENDENT melaporkan banyak unta itu tidak sedarkan diri di antara kedua-dua sempadan ekoran cuaca panas sehingga 50 darjah celcius.

Lebih 9,000 unta diusir keluar daripada Arab Saudi dalam tempoh 36 jam sahaja. Qatar sebuah negara kecil menggunakan kawasan negara jirannya untuk tujuan lain antaranya dalam industri penternakan unta.

Sementara itu di pihak wilayah Qatar, Kementerian negara itu menyediakan perlindungan dan makanan serta minuman kepada kira-kira 8,000 unta ekoran krisis diplomatik itu.

Pihak berkuasa menyatakan anggota veterinar dan pakar haiwan digerakkan ke wilayah itu bagi membantu dan menyediakan lebih banyak kawasan perlindungan di Qatar.gettyimages-698652160

Dilaporkan kira-kira 12,000 sehingga 25,000 haiwan menjadi ‘mangsa’ ekoran krisis diplomatik negara Arab.

Kebanyakan unta diternak untuk tujuan tenusu dan daging merupakan industri popular di Qatar dengan ada antara unta digunakan untuk tujuan perlumbaan.

Turut dilaporkan kira-kira ada 150,000 unta dari Qatar di Arab Saudi dan tidak diketahui nasib haiwan itu jika diusir kelak.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

=EZY=