Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, pagi ini menjelang persidangan Invest Malaysia yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan dengan 2.19 mata lebih tinggi pada 1,761.35 berbanding penutup Jumaat lalu iaitu 1,759.16.

Pada jam 9.05 pagi, indeks berkenaan susut 0.8 mata kepada 1,759.96.

Kaunter untung mengatasi rugi dengan 144 berbanding 75, manakala 197 kaunter lagi tidak berubah dengan 1,411 tidak didagangkan dan 24 kaunter digantung urus niaga.

Jumlah saham adalah 141 juta dengan nilai RM46.29 juta.

*Sumber: BERNAMA