Categories
GLOBAL

Doha sedia berunding tamatkan perang diplomatik

DOHA 22 JULAI: Qatar dilaporkan sedia berunding dengan lain-lain negara Teluk termasuk Arab Saudi bagi menamatkan krisis diplomatik rantau itu.

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani berkata, perbincangan itu hanya boleh diadakan jika semua pihak menghormati kedaulatan negara itu, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Kami sedia mengadakan dialog untuk menyelesaikan segala masalah berbangkit, selagi kedaulatan Qatar dihormati.

“Malah, segala penyelesaian perlu dibuat berdasarkan dua prinsip dan persetujuan bersama antara semua pihak terbabit,” kata Sheikh Tamim dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

Ia adalah penampilan pertama pemerintah Qatar itu, sejak tercetusnya krisis diplomatik antara negara itu dengan lain-lain negara Teluk.

Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar, selepas menuduh negara itu menyokong kumpulan pengganas.

Bagaimanapun, Doha menolak semua tuduhan itu.

=EZY=