Categories
AGENDA SUKANKINI

Hafizh Syahrin mahu kembali berlatih secepat mungkin

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah harap dapat kembali berlatih dalam masa terdekat selepas menjalani pembedahan mengeluarkan plat besi pada tangan kanannya baru-baru ini.

Beliau yang beraksi bersama pasukan baharunya NTS RW Racing GP musim ini mengakui teruja untuk memulakan latihan secara ringan seperti disarankan oleh doktor menjelang kempen Kejohanan Grand Prix (GP) Dunia 2021 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 28 Mac depan.

“Proses pemulihan ambil masa tiga hingga empat minggu dan doktor menasihati supaya tidak melakukan kerja berat menggunakan tangan, apa-apa pun saya jangkakan boleh mula berlatih secara ringan dalam tempoh dua minggu ini.

“Sasaran saya untuk cepat pulih supaya boleh beraksi di Qatar, saya tidak berani kata saya akan kembali cergas 100 peratus tetapi 90 peratus itu saya yakin,” katanya kepada media tempatan dalam kiriman audio menerusi aplikasi WhatsApp.

Pelumba berusia 26 tahun itu berkata keputusan untuk mengeluarkan plat besi pada tangan kanannya adalah sebagai usaha memperbaiki serta mempertingkat prestasinya di atas litar.

“Keluarkan besi (plat) ini disebabkan gangguan dan rasa tidak selesa yang memperlahankan tindak balas gerakan tangan, jadi terpaksa buang besi itu untuk atasi masalah ini dan masa depan lebih baik,” tambah beliau.

Khamis lepas, media tempatan melaporkan Hafizh menjalani pembedahan membuang plat yang ‘ditanam’ di tangannya sejak enam tahun lepas di sebuah hospital swasta di sini, setelah mengalami kemalangan di GP Valencia pada 2015.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Qatar tawar peluang pelaburan besar buat syarikat Malaysia

DOHA, 11 DIS: Usahawan Malaysia perlu mengorak langkah merebut peluang besar ditawarkan Qatar untuk meneroka pasaran di negara berkenaan, sekali gus melebarkan sayap perniagaan mereka ke negara Asia Barat lain.

Presiden Majlis Perniagaan Malaysia-Qatar (MQBC), Datuk Maheran Mohd Salleh berkata, Qatar mempunyai banyak syarikat kukuh yang bersedia menjalin kerjasama dengan syarikat Malaysia dalam bidang seperti sektor minyak dan gas, pelancongan kesihatan serta jaminan keselamatan makanan.

“Kami (MQBC) berharap syarikat Malaysia mengambil peluang daripada hubungan rapat antara kedua-dua negara ini (Malaysia dan Qatar) bagi mengembangkan perniagaan mereka di Qatar,” katanya ketika ditemui media Malaysia di sini.

Beliau berkata, MQBC bersedia menjadi pusat sehenti kepada syarikat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang berminat melabur di negara ini untuk memperluaskan perniagaan mereka.

“Sebelum ini, banyak syarikat Malaysia tidak tahu peluang pelaburan yang ada di Qatar, malah ada juga yang bimbang untuk melabur di sini. MQBC sedia membantu syarikat Malaysia dan juga Qatar untuk mewujudkan rakan perniagaan strategik untuk membuat pelaburan di kedua-dua negara,” katanya.

Maheran berkata pada masa ini, jumlah syarikat Malaysia yang melabur di Qatar masih kecil berbanding dengan syarikat dari Singapura dan Indonesia.

Malah, beliau berkata lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia seperti Gamuda Berhad dan WCT Engineering Bhd (WCT), yang memperoleh projek di negara ini sejak 10 tahun lepas, juga kini sudah menyiapkan projek masing-masing.

“Jadi, syarikat dan usahawan Malaysia perlu merebut peluang yang ada di negara ini,” katanya.

Maheran berkata, Qatar juga berhasrat menjadikan Malaysia sebagai “pangkalan” untuk melebarkan pelaburan mereka di Asia Tenggara.

Katanya, lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Qatar bermula 11 Disember juga dijangka memberi kesan positif terhadap dagangan antara kedua-dua negara.

Qatar adalah rakan ekonomi kelima terpenting kepada Malaysia di Asia Barat.

Pada 2018, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM3.72 bilion, meningkat 29 peratus berbanding pada 2017.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Yayasan Qatar lawat Malaysia bincang tingkat pendidikan

KUALA LUMPUR, 28 APR: Pengerusi Yayasan Qatar Bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti Qatar (QF) serta Education Above All (EAA), Sheikha Moza Nasser akan mengadakan lawatan khas ke Malaysia bermula hari ini hingga 1 Mei.

Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan, Sheikha Moza akan diiringi para pegawai dari pejabat baginda dan wakil EAA.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi hos kepada lawatan berkenaan.

“Program rasmi termasuk kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pertemuan dengan timbalan perdana menteri pada 30 April,” menurut kenyataan itu.

Lawatan khas berkenaan akan menyediakan peluang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama terutamanya berkaitan pendidikan, kesihatan, memperkasa wanita, pembangunan belia dan masyarakat.

EAA yang diasaskan pada 2012 oleh Sheikha Moza bertujuan untuk membina gerakan global yang menyumbang kepada pembangunan manusia, sosial dan ekonomi melalui penyediaan pendidikan berkualiti, manakala QF adalah pertubuhan bukan keuntungan yang menumpukan kepada pendidikan, penyelidikan dan pembangunan komuniti sejak 1995.

Sheikha Moza merupakan Permaisuri kepada Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, bekas Emir Qatar.

– BERNAMA

 

Categories
GLOBAL

Bank Pusat Turki dan Qatar tanda tangan kerjasama kewangan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 20 OGOS: Bank pusat Qatar dan Turki menandatangani perjanjian kerjasama pertukaran mata wang di ibu negara Qatari Doha.

Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY melaporkan menurut sumber dari bank pusat Turki, langkah pertama telah diambil setelah Qatar menjanjikan pakej pelaburan $ 15 bilion di Turki pada Rabu lalu.

Perjanjian itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara dua bank dengan menetapkan garis pertukaran mata wang dua hala.

Ia akan menyediakan kecairan dan sokongan untuk kestabilan kewangan, serta memudahkan pertukaran perdagangan antara Turki dan Qatar. Perjanjian itu juga akan menyumbang kepada pengayaan rizab kedua-dua negara.

Pembiayaan untuk fasa pertama perjanjian dijangka bernilai $ 3 bilion.

Categories
GLOBAL

Qatar janji buat pelaburan RM61.5 bilion di Turki

ANKARA 17 OGOS: Qatar kelmarin berjanji untuk membuat pelaburan terus sebanyak AS$15 bilion (RM61.5 bilion) di Turki yang terjejas teruk akibat krisis mata wang di tengah-tengah kebuntuan diplomatik yang semakin meruncing dengan Amerika Syarikat (AS), kata beberapa pegawai.

“Qatar telah menjanjikan pelaburan terus sebanyak AS$15 bilion di Turki,” kata jurucakap Presiden, Ibrahim Kalin di laman Twitter.

 

“Hubungan Turki-Qatar adalah berdasarkan asas kukuh perpaduan dan persahabatan sejati,” katanya.

Pengumuman itu dibuat selepas Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani mengadakan rundingan makan tengah hari dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Mata wang lira jatuh teruk dan sehingga semalam didagangkan pada 5.7 lira berbanding satu dolar. Mata wang itu mencatat kedudukan terendah 7.24 minggu lalu.

“Erdogan berterima kasih kepada Emir dan rakyat Qatar kerana menyokong Turki,” lapor agensi berita rasmi Anadolu.

Katanya, hubungan dengan Qatar yang digambarkan sebagai ‘negara mesra dan bersaudara’ akan dirangsang dalam pelbagai bidang.

Menteri Kewangan Turki, Berat Albayrak iaitu menantu Erdogan dan rakan sejawatnya dari Qatar, Ali Sharif Al-Emadi turut hadir dalam rundingan di ibu negara, Ankara itu.

Turki kebelakangan ini telah dikejutkan dengan penurunan mendadak nilai lira selepas Presiden AS, Donald Trump memuat naik tweet di laman Twitter pada Jumaat lalu bahawa Washington akan menggandakan tarif aluminium dan keluli untuk Ankara.

Tindakan Washington itu dibuat ketika pertikaian ke atas Turki yang masih menahan paderi dari AS selama dua tahun.

Sebagai tindak balas, Erdogan telah menggesa rakyatnya memboikot barangan elektrik AS, manakala Ankara juga menaikkan tarif terhadap beberapa barangan dari negara itu.

SUMBER: AFP

Categories
GLOBAL

Arab Saudi sambut baik jemaah haji Qatar

RIYADH, 9 OGOS: Jaminan diberikan kepada rakyat Qatar yang menunaikan haji tahun ini dan ketibaan itu dialu-alukan Kerajaan Arab Saudi, lapor agensi berita Xinhua, memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pada masa sama, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mendakwa Doha menghalang rakyat Qatar daripasda mengakses laman sesawang negera itu bagi urusan pendaftaran haji.

Kementeri itu berkata, rakyat Qatar dipelawa menunaikan haji dan boleh menyelesaikan pendaftaran sebaik tiba, di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah, memetik  laporan BERNAMA.

Rakyat Qatar yang menetap yang di Arab Saudi juga boleh mendaftar melalui pautan yang disediakan oleh kementerian khas bagi urusan berkenaan.

Terdahulu, Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar kerana mendakwa negara itu masuk campur dalam hal ehwal negara lain dan menyokong keganasan, sejak pertengahan 2017.

Bagaimanapun, Qatar menafikan tuduhan yang dilemparkan Arab Saudi itu.

 

Categories
NASIONAL

TPM: Malaysia-Qatar tingkat kerjasama, kongsi kepakaran

OLEH HAFIZAN TAIB

PUTRAJAYA, 6 JUN: Malaysia akan terus mempertingkat kerjasama dengan Qatar dengan perkongsian kepakaran dalam pelbagai bidang ke arah kemajuan bersama dan manfaat rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hubungan baik terjalin antara kedua negara dijangka mampu menjayakan perancangan dalam bidang sasaran khususnya pertanian dan keselamatan makanan.

“Saya rasa ia adalah idea yang baik untuk kita bekerjasama dalam bidang ini dan adalah penting untuk berkongsi kekayaan negara dengan rakyat.

“Pertanian dan keselamatan makanan adalah bidang tambahan kedua-dua negara boleh bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungana hormat Duta Besar Qatar ke Malaysia, Essa Mohamed Al Mannai di sini, semalam.

Katanya, Malaysia akan terus mengeratkan hubungan sedia ada demi kebaikan bersama.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia, saya membawa imej wanita Islam dan ingin terus bekerjasama dengan Qatar untuk mengembangkan lagi jalan tengah ini iaitu jalan kesederhanaan,” kata Presiden Pakatan Harapan itu.

Sementara itu, Essa Mohamed berkata, banyak yang boleh dipelajari Qatar daripada Malaysia bagi kemajuan negara itu.

“Ada banyak boleh dipelajari daripada Malaysia dan kita boleh mengukuhkan lagi hubungan dan kita bersedia menerima kunjungan wakil Malaysia dan kita akan juga berbuat demikian dengan menghantar wakil ke negara ini,” katanya.

Selain pertanian dan keselamatan makanan, beliau berkata, Malaysia dan Qatar boleh menjalin kerjasama lebih erat dalam bidang pendidikan, wanita, farmasi dan pelancongan perubatan.

Essa Mohamed turut memuji peralihan kuasa yang lancar semasa pilihan raya umum ke-14 di Malaysia yang menyaksikan perubahan kerajaan pertama dalam tempoh 61 tahun.

“Terdapat ramai pemimpin di rantau kita yang membunuh untuk berkuasa. Terdapat banyak perkara yang kita boleh pelajari dari Malaysia,” katanya menyentuh peralihan kuasa secara aman di Malaysia.

Essa Mohamed juga menyatakan kerajaan Qatar menjanjikan peruntukan RM198.9 juta bagi membantu komuniti Rohingya di Malaysia.

Dr Wan Azizah berkata, perkara itu boleh diterokai dengan lebih lanjut dan Malaysia mempunyai program komprehensif menanganinya.

Categories
GLOBAL

Qatar mahu sertai NATO, impian strategik jangka panjang

DOHA 6 JUN: Menteri Pertahanan Qatar berkata semalam, impian strategik jangka panjang negaranya adalah untuk menyertai perikatan pertahanan tentera barat, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Bercakap bersempena setahun pertikaian diplomatik negara Teluk, yang menyaksikan Qatar terpisah dari bekas sekutunya di rantau itu, Khalid bin Mohamed Al-Attiyah berkata Qatar mahu menjadi ahli penuh gabungan 29 negara itu.

Tambah beliau, wujud perkembangan hubungan antara Qatar dan kumpulan pakatan, dan Doha mampu menjadi tuan rumah kepada unit Nato atau satu daripada pusatnya yang khusus.

Kenyataan itu dibuat ketika rantau berkenaan berdepan suasana politik yang agak sensitif.

Setahun lalu, pada 5 Jun 2017 sekumpulan negara termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar menuduhnya menyokong kumpulan pengganas dan Iran.

SUMBER: AFP

Categories
GLOBAL

Arab Saudi ancam guna tindakan ketenteraan terhadap Qatar

PARIS 3 JUN: Raja Salman Abdulaziz mengancam akan mengenakan tindakan ketenteraan terhadap Qatar jika negara itu memasang sistem pertahanan udara buatan Rusia.

Akhbar Perancis, Le Monde melaporkan, Raja Salman telah menulis surat kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron melahirkan kebimbangan terhadap rundingan antara Doha dan Moscow dan kemungkinan Qatar mampu menghantar peluru berpandu.

“Arab Saudi bersedia mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menghapuskan sistem pertahanan termasuk menggunakan tindakan ketenteraan,’’ lapor akhbar yang memetik kenyataan daripada surat berkenaan.

Raja Salman telah meminta bantuan Macron untuk menghalang penjualan peluru berpandu dan mengekalkan keamanan di rantau terbabit.

Difahamkan surat tersebut telah dihantar baru-baru ini.

Qatar dan Rusia telah menandatangani perjanjian kerjasama ketenteraan dan teknikal pada Januari lalu dan sedang berunding untuk membeli sistem pertahanan udara peluru berpandu S-400 buatan Rusia.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Jet pejuang Qatar pintas pesawat awam UAE

DUBAI 23 APR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendakwa pesawat tempur Qatar memintas pesawat penumpang negara itu yang membawa 86 orang menuju ke Bahrain, kata agensi berita UAE (WAM) memetik laporan akhbar tempatan.

Pihak berkuasa penerbangan awam negara itu berkata, pesawat penumpang UAE terpaksa mengubah sedikit haluan untuk mengelak daripada bertembung.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyebut syarikat penerbangan pesawat yang terbabit.

Kedua-dua negara saling menuding jari susulan beberapa insiden di ruang udara negara itu sejak Abu Dhabi dan beberapa negara Arab lain mengenakan sekatan perjalanan, diplomatik dan perdagangan terhadap Qatar sejak Jun tahun lalu.

UAE bersama-sama Arab Saudi, Bahrain dan Mesir menuduh Qatar menyokong musuh serantau iaitu Iran dan kumpulan pelampau.

Tuduhan itu dinafikan Qatar, malah menganggap empat negara terbabit cuba menyekat kedaulatannya.

Susulan kejadian itu, tidak ada sebarang kenyataan balas daripada pihak berkuasa Qatar setakat ini.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Arab Saudi beri akses jemaah Qatar

RIYADH, 18 OGOS: Kerajaan Arab Saudi akan membuka sempadan Salwa bagi membolehkan jemaah haji dari Qatar diberi akses mengerjakan Rukun Islam Kelima musim ini tanpa memerlukan kebenaran elektronik.

Agensi berita Saudi, semalam turut melaporkan Pemerintah Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud turut berbesar hati menaja jemaah haji dari Doha pada musim ini.

“Baginda menitahkan jet peribadi milik Saudi Airlines ke Lapangan Terbang Qatar untuk membawa kesemua jemaah,” menurut laporan itu lagi.

Di bawah perintah diraja sama, jemaah dari Doha itu akan dibawa ke Makkah dari Lapangan Terbang Raja Fahad dan Lapangan Terbang Ihsaa di timur Riyadh.

Sementara itu, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al Thani turut menyambut baik keputusan itu.

Bagaimanapun, beliau berpendapat haji tidak wajar dipolitikkan dan langkah itu juga perlu merangkumi penarikan semula sekatan politik serta ekonomi ke atas negara tersebut.

Lintasan sempadan Salwa ditutup selepas Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan diplomatik serta dagangan dengan Qatar yang didakwa menyokong keganasan pada 5 Jun lalu.

Bulan lalu, kerajaan membenarkan rakyat Qatar mengerjakan haji, namun mereka dikenakan sekatan termasuk penerbangan dalam perjanjian dengan Saudi.

al-Jazeera

Categories
GLOBAL

Raja Salman arah buka sempadan Qatar untuk jemaah haji

SHAH ALAM, 17 OGOS: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan pembukaan semula sempadan negraa itu dengan Qatar bagi memudahkan urusan jemaah haji sebagai tanda awal redanya krisis diplomatik terburuk di rantau ini, lapor AFP yang dipetik media negara itu.

Makkah in Saudi ArabiaSempadan itu ditutup selepas pemerintah rantau Arab Saudi bersama Mesir, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu memutuskan hubungan diplomatik juga perdagangan dengan Qatar selain menuduh negera berkenaan menggalakkan kumpulan ekstremis Islam, pada 5 Jun lalu.

Malaysia Insight melaporkan, pengumuman itu dibuat selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menerima utusan dari Doha, menurut agensi Agensi Akhbar Saudi, dalam pertemuan peringkat tertinggi yang pertama di antara negara itu selepas krisis meletus.

Raja Salman memerintahkan jemaah Qatar dibenarkan memasuki Arab Saudi menyeberangi sempadan untuk menunaikan haji, kenyataan yang disiarkan SPA.

Beliau juga mengarahkan jet peribadi milik syarikat penerbangan Arab Saudi dihantar ke lapangan terbang Doha untuk membawa semua jemaah Qatar dengan tajaannya.