Categories
SELANGOR

Empat Ahli Parlimen UK saksikan sidang DNS

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 JULAI: Dewan Negeri Selangor (DNS) sekali lagi mendapat penghormatan apabila empat Ahli Parlimen dari United Kingdom mengadakan lawatan bagi menyaksikan sendiri perjalanan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DNS Ke-13 Tahun 2017 yang bermula hari ini.

Empat Ahli Parlimen terbabit adalah Sir David Amess, Chris Leslie, Baroness Northover dan RT Hon John Whittingdale.

Sebelum itu, Ahli Parlimen terbabit terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di ruang kerja Dato’ Menteri Besar itu di Bangunan Annex, di sini, pagi tadi.

Mereka kemudiannya diiringi Mohamed Azmin ke dalam dewan untuk menyaksikan persidangan.

IMG_1085 IMG_1084