Categories
GLOBAL

Gempa bumi 7.7 magnitud landa Rusia

WASHINGTON 18 JULAI: Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda pantai timur Rusia menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami di beberapa bahagian perairan Pasifik.

Pusat Amaran Tsunami berkata, gelombang diramalkan berada pada ketinggian 0.3 meter diatas paras air pasang di sepanjang perairan Rusia hingga ke Hawaii.

Pusat Kajian Gegaran Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gegaran pada 11.34 malam (waktu tempatan) berlaku pada jarak 199 kilometer ke timur-tenggara Nikol’skyoe, Russia dengan kedalaman 11.7 kilometer lapor AFP.

GEMPA 7

Sebelum ini, gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan Wilayah Komandorskiye Ostrova, Rusia pada pukul 7.05 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat 672 kilometer timur laut Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dan 7,013 kilometer timur laut Kudat, Sabah.

=EZY=