Categories
SELANGOR YB ACTIVITIES

Geran RM208,000 diperuntuk tingkat keselamatan kejiranan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Geran sebanyak RM208,000 diperuntukkan kepada 20 organisasi bagi menjayakan program MySAFe Neighbourhood bagi membantu meningkatkan keselamatan kejiranan di Damansara Utama.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, program itu merupakan program anjuran Pusat Khidmat DUN Damansara Utama bagi menyediakan keperluan asas keselamatan di kawasan kejiranan di situ.

“Namun, sebab utama geran berjumlah RM208,000 ini diperuntukkan kepada penduduk adalah kerana faktor keselamatan merupakan kepentingan utama bagi penduduk saya,” katanya dalam kenyataan.

YEOBee Yin berkata, pada 2015 pihaknya menjalankan kajian asas Damansara Utama yang disertai 511 penduduk dan mendapati 72 peratus maklum balas merasakan keselamatan adalah isu paling penting.

“Melalui kajian itu, saya mengambil keputusan memperuntukkan dana supaya tahap keselamatan dapat ditingkatkan di kawasan kejiranan.

“Diharap inisiatif ini berjaya dilaksanakan secara mampan dan dapat menjadi contoh supaya dapat dilaksanakan lebih banyak sekitar negeri ini,” katanya.

YEO1Dalam perkembangan lain, Bee Yin berkata, saban tahun pusat khidmatnya turut mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kawasannya.

“Selain mengeratkan perpaduan kaum, memupuk pemahaman masyarakat terhadap tradisi dan budaya kaum berbeza, ianya dapat memupuk semangat kejiranan dan komuniti apabila kami mengendalikan program ini bersama-sama,” katanya.

=EZY=