Categories
PBT SELANGOR

MBSA terus tradisi santuni ‘stakeholders’

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 JUL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali lagi meneruskan tradisi menyantuni ‘stakeholders’ di perkarangan Stadium Shah Alam buat kali ketiga berturut-turut.

Datuk Bandar, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, majlis khusus dianjur bagi memperkasa hubungan silaturrahim bersama ‘stakeholders’ seperti pimpinan Kerajaan Negeri, agensi dan jabatan kerajaan, anak syarikat Kerajaan Negeri, pemaju, perunding, sektor korporat dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

“Setakat ini, kita menerima respon menggalakkan daripada stakeholders dan majlis di sini ternyata selesa buat semua.

344A8061“Diharap hubungan erat terus terjalin supaya kita dapat bersama-sama membangunkan Shah Alam sebagai bandar maju dan rendah karbon,” katanya.

Dihadiri lebih 5,000 hadirian, majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama pimpinan Kerajaan Negeri seperti Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari serta Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei.

Terdahulu, Ahmad Zaharin turut menyampaikan sumbangan raya kepada Ma’ahad Tahfiz Darul Pekima dan Pusat Tarbiah dan Anak Yatim, Seksyen U12 berjumlah RM2,000 dan duit raya kepada 30 tahfiz dari pertubuhan berkenaan.

IMG_20170705_125755 (1)Terdapat 17 gerai diuruskan kakitangan MBSA menyediakan pelbagai juadah seperti sate, ayam golek, rendang, ketupat, lemang, lontong, cendol dan sebagainya.

Pada tahun ini, majlis berkonsepkan tradisional selain turut mengekalkan konsep hijau dengan menerapkan unsur mesra alam serta amalan kitar semula.

=EZY=