Categories
SELANGOR

MPK tawar Ev Charger percuma

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 27 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melancarkan perkhidmatan kemudahan alat pengecas elektrik (Ev Charger) secara percuma membabitkan dua lokasi di daerah itu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, kemudahan itu boleh digunakan orang ramai secara percuma selama tiga bulan dari tarikh pemasangan di Ibu Pejabat MPK dan Aeon Bukit Tinggi.

Katanya, perkhidmatan itu bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan elektrik seperti yang diamalkan di luar negara.

IMG_5899“Perkhidmatan secara percuma ini akan diteruskan sekiranya mendapat pertimbangan daripada MPK dengan kadar cas penuh kereta sebanyak RM1.

“Ev Charger juga sudah dipasang sejak 9 Mei lalu ditempat letak kereta Ahli Majlis dan ia akan menjadi tapak mengecas kereta,” katanya pada pelancaran perkhidmatan itu, di sini.

Kemudahan itu diberikan secara percuma oleh Malaysia Green Technology Corporation kepada MPK.