Categories
KENYATAAN MEDIA

OIC dan dunia perlu tegas buka kembali Masjid Al-Aqsa

OLEH: Mohd Azmi Abdul Hamid

Kami menyatakan kecaman dan bantahan sekeras-kerasnya ke atas tindakan menghalang umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa oleh pihak penjajah Israel pada Jumaat minggu lepas.

Peristiwa penembakan tiga pemuda Palestin di dalam Masjid Al Aqsa itu adalah tindakan ganas tentera dan polis Yahudi yang merupakan agenda Yahudi yang mahu terus menguasai masjid itu sepenuhnya.

Menutup Masjid Al Aqsa dan menyekat umat melaksanakan solat Jumaat adalah tindakan biadap dan menghina serta mencabar umat Islam diseluruh dunia.

Menghalang umat Islam dari solat Jumaat di Masjid Al Aqsa untuk kali pertama selepas 1960 , adalah tindakan yang mesti dibantah oleh masyarakat dunia.

Kami menegaskan bahawa membiarkan Yahudi bertindak sewenang-wenangnya ke atas Masjid Al Aqsa akan mengundang ketegangan dan mencetuskan kemarahan yang memuncak dikalangan umat Islam.

19989566_2001683523207391_5111854018700844219_nRegim Israel jelas menunggu kesempatan untuk mencetuskan keganasan dan melakukan operasi mengambil alih dan memusnahkan Masjid Al Aqsa.
Israel telah menolak keputusan Unesco yang memperakui Al Quds ialah warisan umat Islam dan dengan itu bertekad untuk melakukan tindakan bagi mencapai agenda pengYahudian Masjid Al Aqsa.

Masyarakat dunia tidak boleh mendiamkan diri terhadap kebiadapan Israel dan mesti diambil tindakan untuk menghalang Al Quds dicerobohi oleh Yahudi seperti yang berlaku ke atas Masjid Ibrahimi di Hebron pada tahum 1994.
OIC perlu menyatakan sikap yang tegas dan jika Masjid Aqsa maseh ditutup sehingga Jumaat seterusnya, keputusan tindakan ekonomi , politik dan antarabangsa untuk menekan Israel secara kolektif dan berkesan perlu di ambil.

Umat Islam perlu bersiap mempertahankan Masjid Al Aqsa dan tidak boleh berkompromi barang seinci pun tapak Masjid Al Aqsa tersebut.

Agenda Israel menyusahkan dan menghalang umat Islam bersolat di Masjid ketiga termulia dalam Islam itu adalah salah satu tahap rancangan Yahudi untuk mengusir umat Islam dari Al Aqsa.

https://selangorkini.my/2017/07/masjid-al-aqsa-ditutup-zionis-dunia-gesa-dibuka-semula/

Tiga anak muda yang syahid di Masjid Al Aqsa pada Jumaat yang lalu adalah tindakbalas askar Yahudi yang siap menumpahkan darah warga Palestin tanpa mempeduli reaksi umat Islam seluruh dunia.

Kami mengingatkan kepada semua pemimpin Arab di Asia Barat yang sibuk bertelegah antara satu sama lain bahawa mereka akan bertanggungjawakepada kehilangan Masjid Al Aqsa dan seluruh bumi Palestin jika mereka tidak bertindak segera mempertahan Masjid itu.

 

* Mohd Azmi Abdul Hamid adalah  Presiden MAPIM