Categories
NASIONAL

Penyenaraian Airasia Indonesia, Filipina suku pertama 2018

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Rancangan AirAsia Bhd untuk menyenaraikan anak syarikatnya di Indonesia dan Filipina berjalan lancar serta dijangka memulakan dagangan sulung di bursa saham negara masing-masing, selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kemajuan AirAsia Indonesia lebih ke hadapan berbanding AirAsia Philippine tetapi keduanya berjalan lancar dan bakal memulakan dagangan sulung di pasaran ekuiti.

“Ia mungkin tahun ini atau suku pertama tahun depan. Dua syarikat ini akan menjadi sangat bernilai, pada masa depan,” katanya lapor BERNAMA ketika luar acara persidangan Invest Malaysia 2017, di sini, semalam.

AIR ASIABerkenaan penjualan perniagaan pajakannya, beliau berkata, syarikat penerbangan itu ketika ini sedang mengusahakan butiran terperinci janji niaga itu tetapi yakin ia dapat dimuktamadkan, tahun ini.

“Kami pada dasarnya mengekalkan pendirian untuk menjualnya. Kami akan memastikan untuk mendapatkan harga terbaik bagi AirAsia,” katanya.

Sementara itu, berkenaan harga minyak, beliau berkata, syarikat penerbangan itu ketika ini berada di kedudukan terbaik disebabkan kestabilan komoditi berkenaan.

“Kami tidak kisah harganya asalkan ia stabil jadi lebih mudah untuk menguruskan perniagaan. Ini satu daripada perkara yang sering membimbangkan perniagaan,” katanya.