Categories
NASIONAL

Vandalisme MRT: PRASARANA ada ‘pengawas’ berbaju biasa

SHAH ALAM, 27 JULAI: Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) mengerakkan pasukan khas berpakaian biasa di semua stesen Transit Aliran Massa (MRT) bagi memantau aktiviti vandalisme.

Jurucakap PRASARANA berkata, kemera litar tertutup (CCTV) di setiap stesen MRT juga berupaya merakam perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan harta benda awam.

”Pemantauan dan kawalan di semua stesen MRT berada pada tahap optimum, namun kami lebih menekankan keselamatan dan keselesaan penumpang,” katanya lapor Harian Metro.

Untuk rekod, terdapat 3,692 CCTV beroperasi 24 jam di semua stesen MRT.

VANDALISME MRTSebelum ini, beberapa kes vandalisme dilaporkan berlaku membabitkan kerosakan kemudahan seperti tempat duduk menunggu dan dinding di beberapa stesen MRT termasuk sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati.

“Pihak kami tidak menunggu lama untuk mengambil tindakan susulan apabila menerima aduan orang ramai berkaitan vandalisme,”katanya.VANDALISME MRT 1