Categories
GLOBAL

Pesawat KC-130 AS terhempas, 16 terkorban

GLOBAL 11 JULAI: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat jenis KC-130 dilaporkan terhempas di kawasan delta Mississippi mengorbankan 16 orang.

Agensi Media Amerika Syarikat wmcactionnews5.com melaporkan pesawat pengisi minyak itu terhempas di kawasan 85 kilometer utara Jackson.

Dilaporkan serpihan pesawat terhempas itu berselerak dalam radius 5 kilometer daripada tapak nahas.

Pihak berkuasa belum mengeluarkan laporan berkenaan misi dan daripada mana pesawat itu berlepas.

TerhempasPesawat malang itu dipercayai meletup di udara sebelum terhempas.

Jurucakap Tentera Marin Amerika Syarikat mengesahkan pesawat KC-130 adalah milik mereka.

Pesawat KC-130 dibina oleh syarikat Lockheed Martin dan mempunyai empat enjin yang kerap digunakan untuk pengangkutan tentera dan pengisian minyak pesawat ketika di udara.

=EZY=