Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2930/2970 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 12 JULAI: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong peningkatan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada jam 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.2930/2970 berbanding dolar AS berbanding 4.2960/2990 penutup Selasa.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih lemah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1100/1131 daripada 3.1057/1062 Selasa, manakala ia susut berbanding euro kepada 4.9262/9325 daripada 4.8944/8937.

Ringgit lebih rendah berbanding yen kepada 3.7784/7829 daripada 3.7572/7612. Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.5221/5285 daripada 5.5423/5479.

SUMBER: BERNAMA