Categories
GLOBAL

Sekutu rapat Presiden Brazil ditahan skandal rasuah

BRASILIA 4 JULAI: Polis Persekutuan Brazil menahan bekas menteri hal ehwal perundangan, Geddel Vieira Lima yang juga sekutu rapat Presiden Michel Temer.

Geddel Vieira Lima adalah bekas menteri kabinet yang meletak jawatan pada November lalu dituduh menggunakan salah sebuah bank utama Brazil untuk bagi urusan ‘tawaran haram’.

Dia dituduh menerima sogokan daripada beberapa syarikat yang dalam proses rundingan pinjaman dari Bank Caixa Economica berkenaan.

Lima turut dituduh memberi sejumlah wang kepada dua individu yang bersubahat dengannya.

Mereka ialah bekas speaker Eduardo Cunha dan Lucio Funaro, broker yang terlibat dalam kempen mencari dana bagi parti pergerakan demokraik pimpinan Temer.

Lima berkhidmat sebagai naib presiden bank berkenaan antara 2011 dan 2013.

Sepanjang tempoh itu dia dipercayai menyalurkan dana menerusi bank berkenaan kepada ahli politik.

Minggu ini, Kongres Brazil memulakan perbicangan mengenai dakwaan kes rasuah itu, jika dua pertiga dewan rendah mengundi bagi perkara itu Temer boleh digantung tugas selama 180 hari dan dibicarakan di Mahkamah Agung.

=EZY=